Saturday, April 27, 2024
Home Dunia Sukan Olimpik 2020 tidak ditangguh

Sukan Olimpik 2020 tidak ditangguh

Thomas Bach.
LONDON – Presiden Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa, Thomas Bach menegaskan temasya sukan Olimpik 2020 kekal dianjurkan sekaligus menepiskan acara sukan terbesar dunia itu ditangguhkan.
Bach berkata, ketika ini, pihaknya sedang memikirkan bagaimana sukan itu akan berlangsung dan bukannya temasya akan ditangguhkan atau tidak.
“Peranan kami adalah untuk menganjurkan Sukan Olimpik dan bukan untuk membatalkannya selain memastikan impian atlet Olimpik menjadi kenyataan.
“Juster, kami komited menganjurkan sebuah temasya Sukan Olimpik Tokyo 2020 yang selamat. Ini sebabnya kami tidak mahu menambah kepada spekulasi yang tidak benar,” katanya dalam satu kenyataan.
Bach memberi bayangan antara cadangan yang dibincangkan termasuk penukaran venue ke bandar lain.
Pada masa sama, beliau turut memaklumkan, saranan untuk membatalkan temasya sukan ini ditolak walaupun pandemik masih menular ketika ini.
Bagaimanapun beliau akui, perkembangan wabak Covid-19 menyebabkan apa-apa berlaku. – MalaysiaGazette