Dr Kamarul Zaman Yusoff
Dr. Kamarul Zaman Yusof

KUALA LUMPUR – Seorang penganalisis politik hari ini membidas kenyataan Ahli Parlimen Segambut, Hannah Yeoh berhubung isu darurat.

Dr Kamarul Zaman Yusof berkata, wakil rakyat dari parti DAP itu seolah-olah tidak membaca laporan berkaitan pengisytiharan darurat dalam menangani Covid-19 sebagaimana dilakukan di 79 buah negara.

Katanya, Hannah telah menyebut maklumat yang salah dalam satu program bual bicara yang disiarkan secara langsung di laman sosial sebuah media tempatan apabila mengatakan tidak perlu melaksanakan darurat untuk mencegah penularan Covid-19 negara ini.

“Bilangan 79 negara yang telah pernah membuat pengisytiharan darurat ini seharusnya telah meningkat jauh lebih tinggi ekoran sela masa agak jauh antara tarikh ini dikumpulkan dan sekarang.

“Malangnya, dalam Sinar Live bertajuk “Batal Darurat Ok Atau Tak?” semalam, Ahli Parlimen Segambut dari DAP, Hannah Yeoh, dengan yakinnya menyebut Covid ini bukan sahaja satu masalah yang unik untuk rakyat Malaysia.

“Covid ini berlaku di banyak negara yang lain dan kita lihat juga di negara lain mereka tidak perlu melancarkan darurat untuk menyelesaikan Covid.

“Ahli Parlimen Segambut, yang berkelulusan undang-undang, ini ada baca atau tidak?

“Kalau mahu kelirukan rakyat Malaysia sekalipun, berpada-padalah wahai Yang Berhormat,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Kamarul Zaman berkata, sejak seawal 1 April tahun lepas lagi, sebuah badan hak asasi manusia berpusat di Geneva, Switzerland, bernama Centre for Civil and Political Rights (CCPR Centre) telah membuat satu penjejakan bagi mengesan negara-negara yang telah membuat pengisytiharan darurat dalam menangani pandemik Covid-19.

Data yang telah dikumpulkan pada waktu itu menunjukkan bahawa 79 negara itu telah pernah membuat pengisytiharan darurat bagi menangani penularan wabak tersebut. – MalaysiaGazette

1 Komen

  1. 9 Mei 1994 Anwar Ibrahim sendiri yang waktu itu adalah Timbalan Perdana Menteri membentangkan satu rang undang-undang di Parlimen bagi memasukkan Fasal (1A) mengenai YDPA perlu mendengar, mengikut dan bertindak mengikut nasihat Jemaah Menteri ke dalam Perkara 40 Perlembagaan Persekutuan. Di sebalik pelbagai kritikan ke atasnya, Fasal (1A) ini kemudiannya diluluskan berkuat kuasa dari 24 Jun 1994.

    tetapi tatkala ini ANWARFIKUN serta am NANAH /DAPIGS P unah H arapan cuba melacurkan USUL yg dibuat dan diluluskan itu.

    MEMOHON YDPA MENARIK BALIK PENGAMPUNAN DIRAJA pada ANWARFIKUN serta digugurkan jawatan MP2 serta kewarganegaraan yang menghasut serta mencetuskan huru-hara DARURAT ini

Comments are closed.