Disebabkan isu ranting pokok jambu air, seorang Datuk dilaporkan telah memukul jirannya yang merupakan anak kepada seorang Tan Sri.

Oriental Daily melaporkan, mangsa yang dipukul iaitu Veronica Wong merupakan anak kepada veteran MCA, Tan Sri Wong Mook Leong.

Kejadian itu dilaporkan berlaku selepas Veronica yang merupakan seorang peguam meninggalkan notis meminta jirannya, seorang Datuk, untuk mencantas ranting pokok jambu air yang menjalar ke rumahnya.