Ibuyati membuat laporan polis terhadap dakwaan Nasrudin di Balai Polis Ampang semalam.-pix Ibuyati.

KUALA LUMPUR – Ibu Yati yang didakwa terlibat ajaran sesat agama Melayu memberi tempoh seminggu kepada Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) untuk menarik balik tuduhan terhadapnya.

Yang Dipertua YADIM, Nasruddin Hassan juga diminta membuat permohonan maaf secara terbuka.

“Saya menafikan semua tohmahan dan fitnah YDP YADIM, Nasrudin Hassan bahawa saya ada mengeluarkan sebarang kenyataan membawa agama baru, agama Melayu dan ajaran Ibu Yati yang jelas tuduhan berniat jahat dan fitnah yang mahu menjatuhkan reputasi saya sebagai Tokoh Wartawan Rakyat yang dianugerahkan oleh DYMM Yang di-Pertuan Agong,” katanya dalam satu kenyataan.

Ibuyati atau nama penuhnya Wan Noor Hayati Wan Alias membuat laporan polis semalam mengenai perkara yang sama.

Bekas wartawan akhbar arus perdana itu berkata setakat ini tidak ada jabatan agama memanggilnya berhubung dakwaan berkenaan dan menyelar sikap Nasrudin yang didakwanya mendahului Majlis Fatwa yang menuduhnya membawa ajaran sesat. – MalaysiaGazette

ARTIKEL BERKAITAN:

Pihak berkuasa agama siasat ajaran sesat agama Melayu

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast