Ibu angkat kepada Allahyarham Zubaidi Amir Qusyairi Abd Malek, 7, Norlida Abu Hassan semasa hadir bagi perlepasan jenazah untuk proses pengebumian di Unit Forensit Hospital Melaka. Foto SYAFIQ AMBAK, 01 FEBRUARI 2021.

AYER KEROH – Suasana hening dan hiba menyelubungi pekarangan Jabatan Forensik Hospital Besar Melaka.

Keluarga angkat arwah Zubaidi Amir Qusyairi Abd Malek yang tiba di hospital itu seawal jam 8 mendoakan agar jenazah kanak-kanak berusia 7 tahun yang dipercayai didera itu diserahkan kepada mereka untuk dikebumikan di Rawang, Selangor.

Ibu angkat Amir, Norlida Abu Hassan kelihatan memegang erat bantal milik Amir bagi mengubati rindu kepada anak kesayangannya itu.

Malah beliau tidak dapat menahan air mata daripada jatuh berguguran mengenangkan nasib yang menimpa Amir.

MalaysiaGazette difahamkan waris arwah juga mahu menuntut mayat kanak-kanak itu.

Ketika ini waris dan keluarga angkat Amir masih lagi menunggu jenazah untuk dituntut. – MalaysiaGazette

1 Komen

  1. saya berpendapat berbincang lah bagi mendapatkan yang terbaik..kita semua bersedih atas pemergian arwah walaupun hanya mendapat berita dari media..

Comments are closed.