MGNews : Tengku Zafrul Antara 6 Penerima Darjah Kebesaran Pangkat Pertama

Seramai enam individu telah diperkenankan oleh Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah untuk menerima Darjah Kebesaran Pangkat Pertama iaitu Seri Utama Mahkota Wilayah (S.U.M.W.), bersempena Hari Wilayah Persekutuan 2021 hari ini.