Mitchel Bergkamp.

LONDON – Pemain  terbaharu skuad bawah 23 tahun Watford, Mitchel Bergkamp berazam lari daripada bayangan legasi bapanya yang merupakan legenda bola sepak Belanda, Dennis Bergkamp.

Mitchel yang baharu sahaja menandatangani perjanjian selama enam bulan dengan pilihan lanjutan kontrak bertekad untuk membuktikan kualiti dirinya bersama kelab tersebut.

Keputusan yang diambil untuk berkelana ke England ini mampu merintis langkah dalam menjadikannya figura hebat saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) pada satu hari nanti seperti bapanya bersama Arsenal.

“Sewaktu kecil memang amat sukar (sentiasa dibandingkan dengan Dennis) tetapi kini saya sudah menyesuaikan diri dengan keadaan tersebut.

“Dia merupakan ayah yang sangat hebat buat saya. Dia merupakan peminat nombor satu saya dan sentiasa ada memberikan sokongan kepada saya. Sangat beruntung memiliki ayah sepertinya dan dapat bekerjasama dengannya dalam permainan saya.”

“Ini adalah pengalaman yang luar biasa setakat ini. Fasiliti dan padang di sini juga sangat hebat dan saya berasa senang untuk berada di sini setiap hari,” katanya di laman web Watford.

Mitchel hadir ke Watford hanya sehari selepas kelab itu mengumumkan kehadiran anak kepada pengurus Paris Saint-Germain (PSG), Mauricio Pochettino yang berusia 19 tahun iaitu Maurizio Pochettino. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast