M. Kula Segaran Members of Parliament buying MPs MP support Perikatan Nasional PN MACC logo Datuk taxi company owner bribery UMNO legal advisor Paul Geoffrey Stadlen MACC 1MDB scandal Mohd Hafarizam Harun Malaysian Anti-Corruption Commission
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Seorang bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) akan berdepan 22 pertuduhan rasuah berikutan pembelian hartanah, Dudley International House di Australia oleh MARA Inc.

Individu bergelar Datuk itu akan dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pada Jumaat ini.

Menurut sumber, kesemua 22 pertuduhan yang dikenakan di bawah Seksyen 16 (a), 17 (a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah 2009 dan Seksyen 2(4) Akta Pengubahan Wang Haram dan Pembiayaan Keganasan 2010.

“Datuk berusia 65 tahun dikatakan telah menerima rasuah sebanyak RM33.45 juta hasil pembelian hartanah di Australia oleh MARA Inc.

“Siasatan SPRM bermula setelah pendedahan dibuat oleh portal The Sydney Morning Herald yang melaporkan seorang individu rakyat Malaysia yang bermastatutin di Australia telah didakwa atas tuduhan merasuah seorang pegawai warga asing,” kata sumber tersebut.

Dalam pada itu, Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Seri Azam Baki ketika dihubungi mengesahkan penahanan individu itu.

Menurutnya, individu berkenaan telah ditahan SPRM pada jam 11.30 pagi tadi ketika hadir untuk memberi keterangan di Ibu Pejabat suruhanjaya itu dan akan dihadapkan di mahkamah jenayah rasuah, Jalan Duta. -MalaysiaGazette