Southampton meminta EPL melarang Mike Dean dan Lee Mason mengadili perlawanan mereka di masa akan datang selepas pengadilan teruk dalam aksi menentang Villa dan Man United malam tadi.

LONDON – Southampton melontarkan suara dan tuntutan supaya dua pengadil berkontroversi Liga Perdana Inggeris (EPL), Lee Mason dan Mike Dean tidak lagi dibenarkan mengadili perlawanan mereka di masa akan datang.

Keluhan itu hadir selepas Mike Dean melayangkan kad merah dan membuang dua pemainnya sehingga menyebabkan pasukan kurang bernasib baik itu dibelasah 9-0 oleh Manchester United di Old Trafford malam tadi.

Pengurus pasukan the Saints marah dan kecewa dengan pengadilan kedua-dua pengadil itu menentang Aston Villa dan the Red Devils yang disifatkan sebagai berat sebelah sehingga menyebabkan kekalahan memalukan.

Tindakan itu didakwa meruntuhkan semangat dan moral anak buah mereka untuk berjuang dalam EPL musim ini.

Pada aksi menentang Aston Villa, Southampton dinafikan sepakan penalti oleh Mason selepas bola terkena tangan pemain Villa Matty Cash dan gol Danny Ings secara kontroversi dibatalkan sebagai offside.

Justeru kekecewaan kedua ketika menentang skuad Ole malam tadi apabila tindakan kontroversi Dean mengarahkan Jan Bednarek keluar padang.

Malah gol jaringan Southampton separuh masa kedua yang dinafikan oleh Dean dalam aksi menentang anak buah Solskjaer juga melukakan hati pasukan itu.

Kini pasukan itu mengemukakan tuntutan supaya kedua-dua pengadil berkontroversi itu tidak mengadili perlawanan mereka yang akan datang.

the Saints juga akan merayu terhadap keputusan kad merah ke atas Bednarek yang turut dirasakan tidak adil oleh pengurus Red Devils, Solskjaer.

“Agak pelik pemain kedua Southampton dilayang kad merah kerana jika ikutkan sebenar dia tidak sepatutnya dibuang padang, kesilapan pengadil jelas berlaku,” kata Solskjaer.-MalaysiaGazette