Gambar fail
Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Jumlah kematian akibat jangkitan Covid-19 pada Februari sudah mencecah 85 kes setakat hari ini.

Data terbaharu Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menunjukkan, jumlah kes kematian keseluruhan akibat wabak tersebut di Malaysia kini sudah mencecah sebanyak 845 kes.

Kes positif baharu jangkitan Covid-19 terus bertambah hari ini sebanyak 3,391 kes.

Daripada jumlah itu, 3,387 kes merupakan penularan tempatan manakala empat lagi adalah kes import.

Jumlah kes aktif pula adalah sebanyak 48,751 kes.

KKM turut memaklumkan, seramai 310 pesakit sedang menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) dengan 134 orang  memerlukan bantuan alat pernafasan.

Jumlah kes sembuh yang direkodkan hari ini pula sebanyak 3,392 dengan jumlah kumulatif yang pulih daripada wabak itu adalah sebanyak 185,278 kes. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

1 Komen

Comments are closed.