Ahmad Shabery Cheek

KUALA LUMPUR – Buku memoir Tan Sri Tommy Thomas iaitu My Story: Justice in The Wilderness  tidak perlu diharamkan oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN) kerana ia akan menjadikan bekas Peguam Negara itu lebih popular.

Lantaran itu, Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berharap kemungkinan buku tersebut diharamkan tidak benar.

Katanya, biarlah rakyat baca dan menilainya.

Kalau ada salah laku atau yang melanggar undang-undang, elok diambil tindakan atas perlakuan atau kandungannya kerana undang-undang sedia ada lebih daripada mencukupi.

”Pengharaman menjadikannya lebih popular. Teknologi Internet dan IT sekarang dah terlalu canggih. Banyak bahan dan konten dah tersebar awal sebelum ia dilancarkan.

”Patut belajar dari kesilapan sebelum ini. Sekarang bukan zaman “The Malay Dilemma” dulu,” katanya dalam hantaran di Facebook.

Beliau mengulas laporan sebuah portal yang mendakwa buku tulisan Tommy yang kini mencetuskan pelbagai kontroversi mungkin diharamkan jika diputuskan menteri.

Portal Free Malaysia Today (FMT) yang memetik sumber KDN memberitahu, buku itu diteliti oleh bahagian penguatkuasaan dan kawalan KDN. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast