Zinedine Zidane

MADRID – “Kalau berani cakap depan, jangan bertindak seperti pengecut dengan mendesak saya berundur menerusi tulisan,” kata Pengurus Real Madrid, Zinedine Zidane kepada pemberita.

Zidane meminta media Sepanyol supaya menghormatinya dan  pasukan bimbingannya masih bersaing dalam aksi La Liga. dengan tempat ketiga liga dengan 10 mata di belakang Atletico Madrid dan Barcelona.

Prestasi tidak menentu Real mengudang kritikan media menyebabkan kedudukannya sebagai pengurus dipersoalkan menyebabkan Zidane tidak berpuas hati dengan layanan yang diterimanya

“Saya terkilan dengan perangai media Sepanyol, jangan layan dengan cara begini. Kami menang La Liga musim lalu, hormati kami,” katanya pada sidang media.

Zidane meminta media memberi ruang untuk pasukannya membuktikan kebolehan mereka musim ini.

“Perubahan akan dibawa musim hadapan, tetapi musim ini berilah ruang secukupnya kepada kami. Kami berhak dihormati media untuk pencapaian sejak 10 tahun lalu. – MalaysiaGazette