The Johor Police has got the Red Notice approval to get assistance from the Interpol to trace the position of Datuk Seri Nicky Liow Soon Hee and his wife, Niu Zhe, who is a Chinese national Johor Police Chief Ayob Khan Mydin Pitchay
Johor Police Chief Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay

JOHOR BAHRU – Polis Johor sehingga kini telah menerima 16 laporan daripada pelbagai pihak berhubung penerbitan buku berbentuk memoir bekas Peguam Negara, Tan Sri Tommy Thomas, sejak isu berkenaan mula mendapat perhatian ramai beberapa hari lepas.

Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay ketika dihubungi Bernama memberitahu, susulan laporan berkenaan, siasatan dijalankan mengikut Seksyen 500 dan Seksyen 203A Kanun Keseksaan dan Seksyen 8 Akta Rahsia Rasmi 1972.

Thomas yang menjadi Peguam Negara dari Jun 2018 hingga Februari tahun lepas mencetuskan kontroversi apabila ada pihak mempertikai bukunya ‘My Story: Justice in the Wilderness’ yang didakwa mereka antaranya mengandungi pelbagai fakta tidak betul, menghina, malah menfitnah.

Pelbagai pihak telah membuat laporan polis berhubung kandungan buku itu, antaranya ialah pergerakan Pemuda UMNO Johor yang membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Johor Bahru Selatan di sini, petang ini. – Bernama