Takiyuddin Hassan Covid-19 positive
Takiyuddin Hassan

KUALA LUMPUR – Banyak aspek dalam biografi tulisan bekas Peguam Negara, Tan Sri Tommy Thomas bertajuk ‘My Story: Justice in the Wilderness ‘karut’ terutama perkara yang menyentuh akauntabiliti, ketelusan dan keadilan Pegawai Undang-undang yang bertugas di Jabatan Peguam Negara dan mahkamah.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Takiyuddin Hassan berkata, sebagai seorang bekas Pegawai Undang-undang di mahkamah ketika permulaan kerjaya pada 1980an beliau percaya setiap Pegawai Undang-undang
sentiasa berpegang teguh kepada prinsip-prinsip utama undang-undang.

“Dengan berpegang kepada prinsip tersebut, kita akan sentiasa bertindak dalam ruang lingkup undang-undang, bebas dari sebarang pengaruh, dorongan, tekanan, ancaman atau gangguan, sama ada secara langsung atau tidak langsung daripada mana-mana pihak yang menjurus ke arah menjejaskan integriti dan tugasan pegawai undang-undang,” katanya dalam kenyataan.

Justeru beliau berpandangan penulisan buku tersebut menjurus kepada unsur ‘penghinaan’ serta bersifat mala fide yang berkesan akibatnya telah menjatuhkan integriti serta maruah institusi perundangan negara amnya dan pegawai-pegawai undang-undang khasnya.

Menurut Takiyuddin, adalah jelas Jabatan Peguam Negara dan
mahkamah merupakan institusi perundangan yang sentiasa bersikap terbuka serta menerima baik segala pandangan dan cadangan dari dalam dan luar mahupun kritikan yang membina.

Sikap tersebut yang menghormati prinsip fundamental liberties atau kebebasan asasi yang terdapat dalam Perlembagaan Persekutuan, ujarnya.

“Kita anggap teguran yang membina itu boleh meningkatkan lagi kualiti pelaksanaan tugas-tugas kehakiman dan perundangan dalam kalangan pegawai-pegawai kita.

“Walau bagaimanapun, teguran tersebut hendaklah dibuat dengan niat ikhlas dan ‘with reasonable courtesy and responsiblity within the limits of the law, katanya.

Takiyuddin  percaya proses keadilan tidak boleh dilaksanakan dengan baik, lancar dan berkesan tanpa sokongan daripada pegawai undang-undang di Jabatan Peguam Negara dan mahkamah serta pengamal undang-undang di
sektor swasta.

Menurutnya, integrasi serta kerjasama ketiga-tiga sektor itu mampu memastikan undang-undang dan keadilan dapat ditegakkan.

“Saya turut yakin kebolehan, komitmen, dedikasi, kemahiran serta kejujuran pegawai-pegawai undang-undang di Jabatan Peguam Negara dan di mahkamah tidak boleh dipersoalkan sama sekali.

Setiap tugasan yang dilaksanakan mereka adalah mengikut lunas undang-undang secara tersurat mahupun tersirat (expressly and impliedly), tidak sekali-kali mengikut selera sendiri malah jauh dari bertujuan meraih populariti di mata mana-mana pihak,” katanya.

Sementara itu, Takiyuddin memberi jaminan kerajaan sentiasa
memerhati dan bertindak mengikut undang-undang terhadap sebarang usaha memperkecilkan badan perundangan dan kehakiman serta pegawaipegawainya.

Katanya, prinsip the rule of law perlu dijadikan garis panduan
bagi setiap individu mahupun kumpulan dalam membuat sesuatu keputusan dan pertimbangan.

Oleh itu, ujarnya beliau, semua pihak tertakluk kepada undang-undang, no man is above the law and everyone, whatever his condition or rank is, is subject to the ordinary laws of the land. – MalaysiaGazette

2 Komen

  1. Tomi Tomoih wajar didakwa kerana memfitnah. Dia jgk mesti ditarik balik darjah kebesaran Tan Seri yg diberi oleh Agong. Kerajaan mesti bertindak, jika dibiarkan bewak tu boleh menggugat ketidakstabilan negara.

  2. Justice in the Wilderness atau Kemunduran Keadilan sememangnya dah sekian lama berlarutan sejak buruh warga asing menguntungkan ekonomi penjajah British dijadikan warga tempatan sejak 1957. Baru-baru ini Dominican Republic dah batalkan taraf warga tempatan untuk keturunan buruh warga asing sejak 1929.

Comments are closed.