.Sejumlah 43 kes kematian akibat Covid-19 dilaporkan setakat pukul 11.59 malam tadi dengan 20 daripadanya kematian di luar hospital (BID).- Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Remaja perempuan berusia 18 tahun salah satu daripada kesemua 15 pesakit yang maut akibat Covid-19 hari ini.

Mangsa berkenaan menurut Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mempunyai sejarah penyakit asma.

Sehingga kini, kes kumulatif kematian yang telah direkodkan adalah 872 kes.

Dalam pada itu, Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, sebanyak 292 pesakit  Covid-19 dirawat di Unit Rawatan Rapi dan 140 daripadanya memerlukan alat bantuan pernafasan.

Terdahulu beliau memaklumkan sebanyak 3,731 kes positif Covid-19  hari ini yang mana sebanyak 3,723 daripadanya melibatkankan penularan tempatan dan selebihnya merupakan kes import.

Perkembangan itu menyaksikan jumlah kumulatif kes positif wabak berkenaan sehingga hari ini adalah 242,452 kes, katanya.

Jelas Noor Hisham, sehingga kini Selangor masih merekodkan kes harian positif tertinggi iaitu 1,606 diikuti dengan Johor sebanyak 499 kes dan 372 kes pula di Kuala Lumpur.

Manakala  sebanyak 3,369 kes yang telah sembuh sepenuhnya daripada wabak berkenaan.

Ini menjadikan jumlah kumulatif kes sembuh sebanyak 190,339.-malaysiaGazette