Buku My Story: Justice in the Wilderness’. yang ditulis oleh Tommy Thomas.

KUALA LUMPUR – Bekas Peguam Negara, Tan Sri Tommy Thomas disifatkan sebagai individu berani apabila menulis pengalaman beliau dalam buku memoir My Story: Justice In Wilderness.

Bagaimanapun, menurut pengulas politik, Dr. Kamarul Zaman Yusof, tindakan Thomas mendedahkan beberapa rahsia hidupnya telah digunakan untuk menyerang beliau semula.

“Saya terpaksa beri tabik hormat kepada Tommy kerana keberanian mendedahkan beberapa perkara sensitif di dalam kehidupan peribadinya dan kehidupan keluarganya sedangkan kesemua perkara ini mungkin sahaja boleh digunakan untuk menyerang beliau kembali, umpamanya bagi mempersoalkan tahap patriotismenya kepada negara,” katanya hari ini.

Dr Kamarul Zaman Yusof

Dalam buku itu, Thomas menjelaskan, ibu bapanya dan keluarga  isterinya, Sherry adalah migran dari Kerala, India.

Bapanya hanya berhijrah ke Malaysia pada tahun 1939, ibunya menyusul pada tahun 1951 manakala ibu bapa mertuanya hanya berhijrah ke Malaysia menjelang kemerdekaan.

“(Thomas) berani mendedahkan bahawa ibu bapanya, walaupun bekerja makan gaji dengan kerajaan tidak menyokong banyak dasar kerajaan, tidak mengundi calon-calon Perikatan dan Barisan Nasional secara tetap dan konsisten serta merupakan menyokong kepada pemimpin pembangkang yang berkarisma.

“Berani mendedahkan bahawa dia tidak mendaftar sebagai pengundi dan tidak pernah keluar mengundi sehinggalah pada PRU 2008 kerana berpendapat tiada guna dia keluar mengundi bila sistem pilihan raya telah dimanipulasi sebegitu rupa sehingga parti pemerintah akan tetap menang di dalam setiap pilihan raya yang dilangsungkan.

“Berani mendedahkan bahawa dia, isteri, anaknya dan kedua-dua ibu bapanya berhijrah ke Vancouver, Kanada dengan mendapat taraf pemastautin tetap pada November 1988 kerana tertekan dengan kehidupan di Malaysia dan hanya kembali ke Malaysia pada April 1991 setelah menghadapi kesukaran dalam kerjayanya di sana,” kata Kamarul lagi.

Buku My Story: Justice In Wilderness menerima pelbagai kritikan berikutan pendedahan yang antaranya dikatakan melanggar Akta Rahsia Rasmi (OSA).

Turut mengejutkan apabila Thomas mendakwa Perdana Menteri Kedua, Tun Abdul Razak dalang kepada tercetusnya peristiwa 13 Mei 1969.

Bekas Peguam Negara itu turut mendedahkan tentang pelantikan jawatan tertinggi kehakiman negara diputuskan Tun Dr. Mahathir Mohamad selain memperlekehkan para pegawai perundangan serta menuduh Datuk Seri Najib Razak mengarahkan pembunuhan wanita Mongolia, Altantuya Shaariibuu. – MalaysiaGazette

7 Komen

  1. Tahu pun padahnya buruh warga asing menguntungkan ekonomi penjajah British dijadikan warga tempatan sejak 1957. Dominican Republic yang ratifikasi ICERD pun baru-baru ini dah batalkan taraf warga tempatan ke atas keturunan buruh warga asing sejak 1929.

  2. Tahu juga tommy ni bahawa kat canada hidup mereka susah..
    Dok merempat merata-rata tempat nak tunjuk hebat…Tommy tak layak hidup sbb dia buat fitnah..pergi mampus kafiq laknat tommy

  3. Oooo… dari Kerala rupanya… no wonder la madey lantik dia… ‘my country man..’

Comments are closed.