Beberapa kesilapan penjaga Gol Alisson di gawang gol membawa padah apabila dibelasah 1-4 oleh Man City dalam aksi EPL di Anfield awal pagi tadi.

LONDON – Alasan Jurgen Klopp bahawa penjaga gol Liverpool mungkin gemuruh ketika menentang Manchester City awal pagi tadi disifatkan tidak masuk akal.

Roy Keane membidas pengurus itu kerana memberi pelbagai alasan selepas peluang mempertahankan juara liga semakin samar apabila tumpas 1-4 di tangan City.

Dua kesilapan penjaga gol, Alisson Becker menghukum pasukan itu.

Jaringan Raheem Sterling, Phil Foden dan Ikea Gundogan membolehkan City mengumpul 50 mata dan meninggalkan Manchester United yang menduduki tempat kedua dengan 45 mata.

“Klopp memberi alasan mungkin penjaga gol gemuruh. Itu hanya alasan semata-mata.

“Kamu mengendalikan kelab Liverpool, memalukan sangat memberi alasan remeh dan jika kamu terus menunjukkan sikap sebegitu, kamu perlu tunggu 30 tahun lagi untuk merangkul gelaran EPL,” kata Keane.

Alasan demi alasan yang diberikan Liverpool ke atas aksi hambar yang tidak dapat diterima mamandangkan Citu yang kehilangan dua pemain utama, Sergio Aguero dan Kevin de Bruyne masih mampu mempamerkan aksi yang baik.

Kegagalan Liverpool untuk membawa masuk pemain baharu turut dikaitkan dengan prestasi yang merudum ketika ini.

United berpeluang untuk menerajui liga pada akhir bulan lalu namun peluang itu disia-siasakan. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast