Persatuan Pengadil United Kingdom mendesak kerajaan menyediakan perlindungan tambahan kepada para pengadil mengelak sebarang insiden lebih buruk pada masa akan datang

LONDON – Persatuan Pengadil England mendakwa ugutan yang dilakukan ke atas pengadil Liga Perdana Inggeris (EPL) berkemungkinan membawa kepada pembunuhan pada masa depan.

Pengerusinya, Paul Field berkata demikian selepas pengadil kontroversi, Mike Dean, 52, menerima ancaman bunuh pada hujung minggu lalu.

Dean tidak ditugaskan untuk mengadili perlawanan akan datang di England dan diminta supaya menarik diri serta merta.

Langkah itu diambil bagi menjamin keselamatan Dean setelah dia dan ahli keluarganya menerima ugutan bunuh selepas pemain West Ham, Tomas Soucek dilayangkan kad merah kerana menyiku Fulham.

Insiden itu menyebabkan Dean melayangkan kad merah kepada Soucek.

Paul Field menyatakan sudah tiba masanya untuk FA menyediakan perlindungan keselamatan kepada para pengadil bagi mengelak sebarang insiden buruk.

“Kita tidak boleh mengambil sikap ringan dalam soal ini kerana suatu hari nanti berkemungkinan wujud situasi pengadil kehilangan nyawa mereka.

“Ugutan bunuh ke atas Dean sangat serius dan tidak boleh diterima sama sekali.

“Jangan hairan jika satu hari nanti pembunuhan pengadil akan menjadi topik perbualan bola sepak pada masa akan datang,” katanya. – MalaysiaGazette