Edinson Cavani.

LONDON – Selepas mendapatkan khidmat Marcos Rojo pada perpindahan Januari lalu, kelab Argentina, Boca Juniors kini berminat untuk mendapatkan khidmat penyerang veteran Manchester United, Edinson Cavani.

Peluang Boca dikatakan cerah kerana mempunyai hubungan yang baik dengan United  selepas mereka berjaya melengkapkan perpindahan Rojo.

Kelab itu juga pernah membuat tawaran kepada penjaga gol United iaitu, Sergio Romero.

Boca Junior pada ketika ini telah diperkuatkan dengan barisan pemain veteran seperti Carlos Tevez dan Mauro Zarate mempunyai reputasi  yang cemerlang di Argentina dan juga Amerika Selatan.

Sementara itu, Cavani yang masih mempunyai kontrak sehingga akhir musim ini namun United mempunyai kelebihan untuk mengaktifkan satu tahun tambahan kontrak kepada Cavani.

Pemain antarabangsa Uruguay itu berjaya memberikan impak yang positif kepada pasukan United pada musim ini.

Ole Gunnar Solskjaer juga  berpuas hati dengan persembahan yang ditunjukkan oleh Cavani.

Ini kerana kehadiran Cavani banyak membantu pemain-pemain muda untuk mempelajari dan menimba pengalaman yang berharga dan dua telah menjaringkan tujuh gol pada musim ini.

Menurut ESPN, Juan Roman Riquelme  yang menjadi wakil Boca memberitahu yang mereka berminat untuk mendapatkan khidmat Cavani.

Riquelme dikatakan sedang dalam perbincangan dengan Cavani mengenai masa depannya.

Cavani sebelum ini berkata dia akan kekal di Eropah selagi khidmat dia diperlukan atau boleh digunakan sebaik mungkin oleh pasukan tersebut. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast