Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah South African B.1.351 Covid-19 variant
Dr. Noor Hisham Abdullah

KUALA LUMPUR – Sebanyak 10 kluster baharu dikesan di dalam negara dalam perkembangan baharu penularan Covid-19 hari ini.

Daripada 10 kluster berkenaan, sembilan daripadanya melibatkan  tempat kerja manakala satu kluster kumpulan berisiko tinggi.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, jumlah kluster yang dilaporkan setakat ini sebanyak 972 manakala 489 telah ditamatkan.

Ia termasuklah 11 kluster yang ditamatkan pada hari ini iaitu Kluster Bukit Bakar, Kluster Jalan Timah, Kluster Seragam Chepa, Kluster Restoran Putra, Kluster Tapak Bina Jalan Desa, Kluster Pekeliling, Kluster Jalan Chu, Kluster Tapak Bina Laut, Kluster Tapak Bina Matahari, Kluster Pagar Bentong, dan Kluster Jalan Sembrong).

“Sebanyak 483 kluster masih dilaporkan aktif di dalam negara manakala jumlah kluster dengan pertambahan kes baharu pada hari ini adalah 85 kluster,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Justeru, kluster-kluster dengan pertambahan kes baharu tertinggi pada hari ini adalah Kluster Sungai Putus (271 kes), Kluster Persiaran Synergi Utama (219 kes), dan Kluster Tapak Bina Lorong Peel (187 kes).

Tambah Noor Hisham, 10 kluster baharu yang dikesan pada hari ni adalah tiga kluster di Johor iaitu Persiaran Synergi Utama, Jalan i-Park Satu dan Jalan Lengkok Satu diikuti tiga di Kuala Lumpur iaitu Tapak Bina Lorong Peel, Tapak Bina Jalil Utama dan Jalan Tun Razak manakala dua di Selangor iaitu Lebuh Keluli dan Industri Selesa dan masing masing satu di Negeri Sembilan iaitu Persiaran Bunga Tanjung dan Terengganu iaitu Kluster Bukit Tengah.

Menurut Noor Hisham, Kluster Jalan Tun Razak melibatkan sebuah pusat perubatan swasta menerusi saringan individu bergejala yang disahkan positif pada 25 Januari lalu dan setakat ini 884 individu disaring dan 44 daripadanya positif.

Manakala sembilan kluster lain adalah membabitkan enam pekerja kilang, dua pekerja tapak binaan dan satu pekerja syarikat perlombongan. -MalaysiaGazette