Foto The Guardian.

LONDON – Manchester City melebarkan rekod kemenangan kepada 16 perlawanan berturut-turut dalam semua pertandingan selepas mencatat kemenangan 3-0 ke atas Tottenham Hotspur, awal pagi tadi.

Skuad Pep Guardiola turut melebarkan jurang di puncak Liga Perdana Inggeris kepada tujuh mata hasil dua gol Ilkay Gundogan.

Mereka belum ditewaskan dalam 23 perlawanan terakhir, sejak pertemuan dengan Spurs, dan kini di landasan terbaik untuk merangkul gelaran liga ketiga dalam empat musim.

Manchester United mampu merapatkan jurang kepada lima mata jika mereka menewaskan West Bromwich Albion malam ini namun City masih bermain kurang satu perlawanan berbanding pesaingnya itu.

Spurs kendalian Jose Mourinho tewas lima daripada enam perlawanan terakhir mereka dalam semua pertandingan.

Mereka kini di tangga kesembilan, empat mata di belakang kelompok empat teratas. – MalaysiaGazette