Gambar Hiasan

LONDON – Seorang saintis menasihati kerajaan United Kingdom (UK) yang telah melonggarkan langkah-langkah sekatan akan menyaksikan peningkatan semula kes Covid-19 yang menjurus kepada pelaksanaan semula sekatan tersebut walaupun negara itu melaksanakan program vaksinasi.

Prof. Steven Riley, ahli Model Kumpulan Influenza Pandemik Saintifik (Spi-M) berkata, penerimaan vaksin tidak bermakna kawalan sosial patut dihentikan kerana ‘tiada vaksin yang sempurna’.

Riley memberitahu Radio BBC 4: “Kita jelas akan berada dalam situasi di mana kita boleh membenarkan lebih banyak jangkitan dalam komuniti tetapi terdapat had.

“Dalam jangka masa pendek, jika kita membenarkan gelombang jangkitan yang sangat besar, gelombang itu akan mencari semua orang yang tidak menerima vaksin untuk sebab-sebab tertentu (dan) mereka yang menerima vaksin, tetapi malangnya ia tidak memberi mereka perlindungan yang diperlukan.

“Saya rasa saintis khuatir mengenainya. Kami tidak mahu menunjukkan bahawa ia (vaksin) adalah hebat (tetapi) tidak sempurna dengan mempunyai gelombang yang besar di UK.

“Dengan sebab tertentu kami memilih untuk berpura-pura ia (koronavirus) tiada di sini lagi, selepas itu terdapat potensi untuk kembali pada gelombang yang sama saiz dengan gelombang ketika ini,” tambah beliau. – MalaysiaGazette