Juara bertahan Bundesliga Bayern Munich kecewa terikat seri dengan kelab tercorot dalam aksi liga mala m tadi

BERLIN – Juara bertahan Bundesliga Jerman Bayern Munich kecewa selepas keciciran mata dalam aksi liga domestik malam tadi.

Pendahulu carta Bundesliga itu dikecewakan sebuah kelab zon penyingkiran dengan keputusan terikat seri 3-3 dalam perlawanan terbaharu.

Kelebihan beraksi di gelanggang sendiri gagal dimanfaatkan juara bertahan itu apabila dinafikan tiga mata penuh oleh skuad pelawat.

Prestasi Bayern yang menang lima perlawanan berturut-turut dalam Bundesliga berjaya dihalang Arminia Bielefeld.

Dalam aksi liga domestik sejak kemenangan Piala Dunia Kelab FIFA minggu lalu, tuan rumah dikejutkan dengan dua gol awal pasukan pelawat di separuh masa pertama.

Kedua-dua gol pasukan pelawat hadir menerusi Michel Vlap danm Amos Pieper.

Robert Lewandowski bagaimanapun berjaya bertindak mengurangkan defisit itu dengan gol pertama.

Bagaimanapun Arminia terus mengganas dan tidak memberi ruang kepada tuan rumah mengatur strategi apabila merobek kubu pertahanan Bayern dan meledakkan gol ketiga menerusi Christian Gabauer.

Bayern terkejut dengan defisit dua gol yang perlu dikejar.

Corentin Tolisso dan Alphonso Davies menjadi penyelamat Bayern daripada kekalahan apabila menjaringkan gol penyamaan untuk berkongsi satu mata dengan pasukan pelawat.

Kini Bayern selesa di tangga teratas carta liga dengan 49 mata selepas 21 perlawanan.

RB Leipzig pula menghuni tempat kedua carta dengan 44 mata selepas 21 perlawanan.-MalaysiaGazette