Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Superintendan Rajab Ahad Ismail. foto ISKANDAR HAMIDI 28 SEPTEMBER 2020.

KUALA LUMPUR – Polis mengesahkan telah menerima laporan mengenai kes seorang kanak-kanak berusia 11 tahun didakwa didera dan dijadikan buruh paksa di kandang haiwan sejak tahun 2018 lalu.

Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Suprintendan Rajab Ahad Ismail berkata, pihaknya telah memulakan siasatan.

“Saya boleh sahkan polis ada terima laporan polis berkaitan kejadian tersebut. Kes sedang dalam siasatan. Kita dalam proses mengambil keterangan mangsa,” katanya kepada MalaysiaGazette hari ini.

MalaysiaGazette hari ini secara eksklusif melaporkan dakwaan mangsa dari Setapak yang didera selepas kematian ibunya sejak tiga tahun lalu.

Mangsa sering dipukul dan ditendang ibu tirinya dan bapa kandungnya juga didakwa bersubahat kerana mengabaikan anak kandungnya.

Malah kanak-kanak itu dihantar ke sebuah rumah asuhan di kawasan pedalaman Banting dan dipaksa kerja sebagai tukang cuci kandang ternakan haiwan selama lebih dua tahun.-MalaysiaGazette

ARTIKEL BERKAITAN:

Kanak-kanak didera selepas kematian ibu, jadi buruh paksa di kandang haiwan