Foto BBC.

LONDON – Manchester City semakin hampir untuk merangkul gelaran ketiga dalam empat musim Liga Perdana Inggeris selepas anak buah Pep Guardiola menewaskan Everton 3-1 awal pagi tadi di tempat lawan.

City kini mendahului liga dengan kelebihan 10 mata.

Phil Foden, Riyad Mahrez dan Bernardo Silva menemui sasaran di Goodison Park untuk City melebarkan rekod kemenangan Liga Perdana kepada 17 perlawanan berturut-turut.

Berikut keputusan Liga Perdana Inggeris lain awal pagi tadi:

Burnley 1 (Barnes 52) Fulham 1 (Aina 49)

– MalaysiaGazette