gambar hiasan

BUENOS AIRES – Enam individu ditahan apabila didapati mengeluarkan vaksin COVID-19 tiruan di Nuevo Leon, Mexico.

Kemeneterian Keselamatan dan Perlindungan Orang Awam Mexico berkata, vaksin tiruan yang dihasilkan itu dirampas kerana terdapat penggunaan imunisasi yang mampu membahayakan kesihatan masyarakat.

“Saya meminta agar rakyat Mexico berwaspada dan hanya mendapatkan vaksin di pusat dan hospital negeri sahaja,” katanya seperti yang dilaporkan agensi berita, Sputnik.

Menurut John Hopkins Universiti, sehingga kini lebih 109.87 juta penduduk dunia dijangkiti virus Covid-19.

“Lebih 2.42 juta kematian juga telah dilaporkan,” ujarnya.

Mexico setakat ini mengesahkan lebih 2 juta kes Covid-19 dengan lebih 175,000 kematian. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast