Ismail Sabri Yaakob

KUALA LUMPUR – Kerajaan bersetuju untuk melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di taman-taman perumahan sekitar Jalan Telok Ira, Temerloh, Pahang bermula esok sehingga 6 Mac ini.

Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, keputusan itu dibuat selepas pihaknya membuat penilaian risiko bersama pelbagai agensi dalam Jawatankuasa
Teknikal Perintah Kawalan Pergerak dan atas nasihat Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Jelas beliau, KKM hari ini turut melaporkan kes Civod-19 di taman-taman perumahan sekitar Jalan Telok Ira Temerloh, Pahang.

“KKM mengesahkan terdapat peningkatan kes positif secara mendadak di mana sehingga kini sebanyak 72 kes telah dilaporkan yang melibatkan penduduk yang tinggal
di taman-taman perumahan ini.

“Pelaksanaan PKPD ini untuk memudahkan KKM melaksanakan saringan secara bersasar ke atas semua penduduk yang terlibat dan untuk mengawal jangkitan dalam komuniti,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Sementara itu, PKPD disekitar Jalan Telok Ira, Temerloh itu akan melibatkan taman-taman seperti berikut:

1. Taman Desa Bangau
2. Taman Seberang Damai
3. Taman Kenari
4. Taman Seberang Temerloh
5. Taman Jaya 7
6. Taman Jaya 2
7. Taman Jaya 3
8. Taman Jaya 4
9. Taman Kelisa
10. Desa Bangau – MalaysiaGazette