Messi kecewa selepas Barcelona terikat seri 1-1 di Nou Camp dalam misi memburu tiga mata penuh La Liga semalam.

MADRID – Barcelona gagal bangkit daripada kekalahan dalam saingan Liga Juara-Juara Eropah Khamis lalu apa hanya mampu seri dengan Cadiz pada aksi La Liga awal pagi tadi.

Pemain sensasi, Lionel Messi membuka jaringan pada minit ke-32 menerusi sepakan penalti.

Bagaimanapun nasib tidak menyebelahi skuad kendalian Ronald Koeman apabila Cadiz berjaya menyamakan kedudukan ketika perlawanan berbaki tujuh minit menerusi sepakan penalti.

Barcelona yang menduduki ditangga ketiga boleh dipintas Sevilla yang akan bertemu Osasuna pada malam ini. – MalaysiaGazette