Finance Minister Datuk Seri Tengku Zafrul Abdul Aziz BPR Bantuan Prihatin Rakyat cash aid
Tengku Zafrul Abdul Aziz.

KUALA LUMPUR – Sebanyak 8.45 juta penerima Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) akan menerima bayaran secara berperingkat mengikut kategori masing-masing mulai esok.

Mereka terdiri daripada 4.4 juta penerima bagi kategori isi rumah yang menerima RM300 dan 4.05 juta penerima individu bujang yang menikmati RM150 setiap seorang.

Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz berkata, bayaran yang akan dibuat secara berperingkat mulai esok melibatkan peruntukan berjumlah RM1.93 bilion.

Menurut beliau, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada semasa pembentangan Pakej Bantuan Perlindungan Ekonomi dan Rakyat Malaysia (PERMAI) 18 Januari lalu telah mengumumkan bahawa pembayaran Fasa 1 BPR)dipercepatkan kepada akhir bulan ini.

Bayaran ini akan disalurkan seperti berikut:

 

Kategori Penerima Permulaan Tarikh Pembayaran Kaedah Pembayaran
Isi Rumah dan Individu Bujang 24 Februari 2021 Terus dikreditkan ke dalam akaun bank
Penerima yang tidak

mempunyai akaun bank

25 Februari 2021 Melalui     cawangan     Bank    Simpanan Nasional (BSN)
Penerima di Sabah dan Sarawak tanpa akaun bank 1 Mac sehingga 1

April 2021

Lokasi-lokasi akan diumumkan kelak, bersekali dengan pembayaran BPN 2.0

 

Menurut Tengku Zafrul lagi, pembayaran Fasa 1 BPR dibuat kepada penerima Bantuan Sara Hiudp 2020 dan Bantuan Prihatin Nasional B40 yang telah diluluskan sebelum ini.

“Pembayaran Fasa 1 ini telah dipercepatkan daripada bulan Mei kepada penghujung Februari 2021 bagi membantu kelangsungan hidup rakyat terutamanya golongan mudah terjejas dan pekerja yang bergantung kepada upah harian.

“Kerajaan sentiasa komited untuk memastikan bantuan yang diperuntukkan sampai kepada mereka yang disasarkan bagi menjamin kesejahteraan rakyat,” katanya. – MalaysiaGazette