Seorang bapa kepada lima anak bakal menghadapi sebanyak 67 pertuduhan merogol anak perempuannya dan rakan mangsa di Mahkamah Sesyen, Klang, esok.- Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Seorang bapa kepada lima anak bakal menghadapi sebanyak 67 pertuduhan merogol anak perempuannya dan rakan mangsa di Mahkamah Sesyen, Klang, esok.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Shamsul Amar Ramli berkata, lelaki berusia 42 tahun itu akan berdepan sebanyak 58 pertuduhan merogol anaknya manakala sembilan tuduhan merogol rakan anaknya.

Menurutnya, lelaki yang juga peniaga air tebu merogol anak kandungnya berlaku sejak mangsa berusia 10 tahun.

Manakala rakan anaknya pula dirogol sejak Ogos 2020 hingga Januari lalu.

Suspek ditahan pada 10 Februari lalu dan kini masih direman, katanya dalam kenyataan hari ini.

Shamsul Amar berkata, anak suspek dan rakannya bersama-sama bekerja di gerai lelaki itu.

“Kertas siasatan sudah dirujuk ke Timbalan Pendakwa Raya dan mendapat arahan untuk tuduh terhadap suspek mengikut Seksyen 376 (1) dan Seksyen 376B (1) Kanun Keseksaan.

“Siasatan awal mendapati suspek mempunyai rekod lampau membabitkan jenayah dan dadah,” katanya.

Menurutnya, rakan anak suspek membuat laporan polis selepas lelaki terbabit didakwa merogolnya di sebuah rumah pada 7 Januari lalu.

Mengetahui rakannya membuat laporan polis, anak kandung suspek juga ke balai polis bersama ibunya membuat laporan polis berhubung kes terbabit. – MalaysiaGazette

1 Komen

  1. Lahanat betol.. Sjk PASial jd krjaan macm2 kes berlku murtad, rogol, dera, mabok, judi, no ekor menjadi2.. Bala2 bila prcya pnungg agma

Comments are closed.