Tandukan kencang terapung dari udara oleh Cristiano Ronaldo mebantu Juventus membenam pasukan tercorot Serie A Itali, 3-0 dalam aksi awal pagi tadi.

MILAN – Dua gol tandukan Cristiano Ronaldo membantu Juventus menewaskan pasukan tercorot, Crotone 3-0 pada awal pagi tadi.

Juventus membuka jaringan menerusi tandukan kencang pemain Portugal itu hasil hantaran silang Lobo Silva pada minit ke-38.

Ronaldo yang mengetuai barisan serangan tidak mengambil masa yang lama menjaringkan gol pada saat akhir separuh masa pertama hasil bantuan bekas pemain Arsenal, Aaron Ramsey.

Weston McKennie menjaringkan gol ketiga Juventus pada minit ke-66 yang membolehkan Juventus merapatkan jurang mata kepada 8 mata dengan pendahulu Serie A, Inter Milan. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast