Luca Attanasio. foto Agensi

BRAZZAVILLE – Duta Itali ke Republik Congo maut dalam serangan ketika menyertai konvoi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di Goma.

Luca Attanasio, 43, meninggal dunia di hospital.

Seorang pegawai polis tentera Itali yang bersama konvoi berkenaan dan seorang pemandu warga Congo juga terbunuh.

Mangsa dipercayai diserang ketika di bawah Program Makanan Dunia (WFP) PBB dalam perjalanan untuk program sekolah di kampung Rutshuru.

“Dengan rasa dukacita Kementerian Luar mengesahkan kematian Duta Itali hari ini di Goma, menurut kenyataan Kementerian Luar.

Serangan yang berlaku di wilayah Kivu Utara itu dipercayai ada kaitan dengan cubaan menculik.

Semasa kejadian, Attanasio merupakan penumpang di salah satu kenderaan yang bergerak kira-kira 15 kilometer di utara Goma.

Kenderaan mereka diserbu oleh enam penyerang yang kemudian melepaskan beberapa tembakan sebelum membawa kesemua penumpang ke Taman Negara Virunga,” kata Gabenor Kivu Utara, Carly Nzanzu.

“Ketika ini anggota-anggota kumpulan renjer Taman Negara Virunga masuk campur dan berjaya membebaskan empat orang,” katanya.

Namun, ketika mereka berlari untuk menyelamat diri, penyerang-penyerang melepaskan tembakan ke arah duta dan pegawainya serta pemandu, kata gabenor. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast