KUALA LUMPUR – Sebanyak 77 buah rumah projek Puteri Soraya yang dibangunkan oleh Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) berjaya dijual secara dalam talian sepanjang prapelancarannya yang  bermula 1 Februari lalu.

Puteri Soraya merupakan rumah teres dua ingkat berkeluasan dari 1,642 kaki persegi yang merangkumi empat bilik tidur dan tiga bilik air.

Pelancaran projek Puteri Soraya akan berlangsung secara atas talian bermula 27 Februari ini.

Terletak di lokasi yang strategik, Puteri Soraya dihubungkan melalui dua jalan utama iaitu Lebuhraya Guthrie dan Lebuhraya LATAR, selain turut dikelilingi oleh pelbagai kemudahan awam seperti sekolah, universiti dan balai polis.

Projek Puteri Soraya yang terdiri daripada 176 unit rumah dijangka siap sepenuhnya pada akhir 2021 dan dijual pada harga serendah RM388,888 sebuah.

PKNS turut menawarkan diskaun 10%, di samping yuran guaman SPA dan duti setem MOT percuma untuk semua pembeli.

Puteri Soraya terletak di mukim Rawang, Gombak. – MalaysiaGazette