Dr Aidil Azry merupakan pengasas Klinik Idealyst.

KUALA LUMPUR – Sukar untuk menemui golongan lelaki yang memiliki kerjaya bergelar doktor perubatan estetik di mana tugas hakiki mereka mencantikkan wajah kaum hawa menjadi muda, licin dan kembali menawan.

Apatah lagi jika seseorang lelaki itu adalah di kalangan aktif bersukan seperti berbasikal untuk menjaga stamina dan kelihatan macho.

Namun kulit wajahnya putih bersih dan penampilan kemas melambangkan lelaki ini sentiasa menjaga penampilan diri sesuai dengan kerjayanya yang mempunyai kaitan rapat dengan penampilan diri.

Bagi Dr Aidil Azry Datuk Mokhtar yang juga pengasas Klinik Idealyst, pilihannya berkecimpung dalam bidang itu atas faktor minat kerana beliau sememangnya suka melihat sesuatu yang cantik serta ideal.

Bapa kepada seorang anak mengakui, demi membantu individu mengembalikan semula keyakinan diri apabila kecantikan fizikal dapat diperbaiki ke tahap yang lebih baik seperti diimpikan, beliau rela menjadi ‘tikus makmal’.

“Semua rawatan yang diperkenalkan di Klinik Idealyst, hampir semua saya yang akan mencuba dahulu. Saya ibarat menjadi tikus makmal.

“Sekiranya hasil rawatan itu memuaskan, baru saya tawarkan kepada pelanggan. Ini kerana biarlah saya menjadi ‘mangsa’ dahulu, sekira keputusan rawatan tidak menjadi.

“Jadi semua rawatan yang ditawarkan di sini, saya berasa yakin kerana saya yang mencuba dahulu,” katanya anak kelahiran Selangor ini berterus-terang.

Penampilan diri akan mempengaruhi perasaan dan bagaimana prestasi dalam pekerjaan dan kehidupan sosial, kata Dr Aidil.

Dr Aidil yang berusia 43 tahun memiliki pengalaman mengusahakan klinik estetik sejak 13 tahun lalu selepas berkhidmat di hospital kerajaan sejak tahun 2002.

Graduan perubatan di Kolej Universiti Dublin Ireland itu kini memiliki dua cawangan iaitu di KL Trillion, Jalan Tun Razak dan Damansara Perdana yang dikendalikan isterinya.

Pada tahun 2015 hingga 2018, beliau membuka cawangan medispa namun terpaksa dihentikan operasinya kerana permintaan pelanggan yang lebih kepada rawatan estetik.

Mengulas lanjut, Dr Aidil memberitahu, sejak membuka klinik sendiri, dia enggan menoleh ke belakang dan sentiasa mencari kelainan terutama bagi memastikan setiap perkhidmatannya terbaik dan memenuhi kehendak pelanggan.

Jelas beliau, stigma negatif ke atas klinik estetik yang konon hanya sesuai menjadi pilihan golongan berada perlu dibuang jauh-jauh.

Menurutnya, pasti ramai yang terkejut sekiranya mengetahui harga rawatan di Klinik Idealyst adalah serendah RM99.

“Saya mahu membuka minda bahawa rawatan di klinik estetik adalah mampu milik untuk semua golongan.

“Malah kami menyediakan rawatan mengikut pakej rawatan asas dan premium mengikut bajet pelanggan.

“Malah bagi yang ingin mengurangkan beban membayar rawatan yang mahal, kami sedia membantu dengan memperkenalkan bayaran secara ansuran selama 36 bulan,” katanya.

Dr Aidil turut meluahkan rasa syukur kerana Klinik Idealyst terus menjadi pilihan slebriti tanah air selepas muncul antara klinik Bumiputera terawal yang dibuka sejak tahun 2014.

Kata beliau, penyanyi Hattan dan Adira selain penyampai radio popular, DJ Lin merupakan pelanggan yang pernah mencuba rawatan di kliniknya.

“Pastinya jika disebut mengenai perubatan estetik, ia memberi pengertian seseorang itu mahu mendapatkan rawatan sama ada untuk wajah atau tubuh supaya lebih cantik dan menyerlah.

“Jadi saya perlu berusaha keras untuk membantu setiap pelanggan mendapatkan apa yang dimahukan,” ujarnya bersungguh-sungguh.

Dr Aidil berharap stigma negatif ke atas klinik estetik yang konon hanya sesuai menjadi pilihan golongan berada perlu dibuang jauh-jauh.

Menutup perbualan, Dr Aidil berkata, pihaknya komited menawarkan rawatan tanpa invasif atau tanpa pembedahan untuk mencantikkan seseorang dengan penampilan halus dan semula jadi menerusi peralatan canggih dan teknologi terkini.

“Saya adalah orang yang percaya dan yakin dengan penampilan diri. Ini kerana penampilan diri akan mempengaruhi perasaan dan bagaimana prestasi dalam pekerjaan dan kehidupan sosial selain berinteraksi dengan orang lain.

“Oleh itu, sebarang penambahbaikan tidak kira sekecil mana pun, berpotensi meningkatkan keyakinan diri kita. Keperluan untuk hampir ‘kelihatan baik’ yang diinginkankan perlu secara berterusan,” katanya penuh optimis.

“Di Idealsyt, kami mengambil berat tentang pelanggan dan berusaha mencapai hasil akhir yang positif dengan memastikan bahawa rawatan yang kami berikan selamat untuk semua,” katanya.

Ketika ini, antara rawatan popular yang ditawarkan adalah rawatan rambut gugur, rawatan muka dan antipenuaan, program langsing menggunakan mesin RF Gred A, rawatan bawah mata selain terbaharu rawatan merangsang hormon lelaki.

Bagi yang berminat mengetahui rawatan di Klinik Idealyst, mereka boleh menghubung talian +60 12-306 2014 (KL Trillion) dan +60 12-440 4891 (Damansara Perdana). – MalaysiaGazette