Jersi 'away' JDT. Foto Facebook Johor Southern Tigers.

KUALA LUMPUR – Penyokong setia Johor Darul Ta’zim (JDT) kini  boleh mengukir senyuman apabila mereka berpeluang untuk mendapatkan jersi away atau pelawat yang sama seperti dipakai oleh para pemain skuad Harimau Selatan itu dengan harga cukup berbaloi.

Ini kerana pemilik kelab, Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim yang Tunku Mahkota Johor berkenan untuk menanggung kos jualan yang menyaksikan jersi tersebut boleh didapati dengan harga RM185 sahaja.

Harga itu jauh lebih murah kerana difahamkan harga sebenar bagi jersi away versi pemain berharga RM429.

Bagi jersi home atau tuan rumah pula, ia akan dijual bagi versi penyokong, juga dengan harga RM185.

Menurut satu kenyataan yang dikeluarkan oleh JOHOR Southern Tigers, perkembangan terbaharu berhubung harga jersi tersebut adalah sebagai tanda penghargaan atas sokongan tidak berbelah bahagi dicurahkan para penyokong setia terhadap JDT.

Jersi ‘away’ telah dipilih sebagai hadiah dan tanda penghargaan buat para penyokong kerana dominan warna putih serta kombinasi merah dan biru itu melambangkan Stadium Sultan Ibrahim.

Jersi ‘Away’ versi pemain tersebut boleh dibeli secara dalam talian di JDT Online Store manakala jersi ‘Home’ versi penyokong di laman sesawang rasmi Nike dan juga JDT Official Store. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast