Alisson bersama bapanya Jose Becker dan ibunya Magali ketika tugas antarabangsa bersama Brazil tahun lalu.

BRASILIA – Tragedi sedih menimpa penjaga gol Liverpool Alisson Becker dan keluarganya susulan kematian bapanya yang mati lemas ketika mandi di sebuah tasik miliknya.

Kejadian itu berlaku di villa percutiannya di selatan Brazil.

Jose Becker, 57, ditemui mati di dalam tasik miliknya pada petang Khamis, kata Inspektor di Bandar Lavras do Sul, Doroteo Machado Filho.

Kemalangan itu berlaku sekitar 5 petang dan tiada sebarang unsur jenayah ditemui di lokasi.

Jabatan Bomba dan Penyelamat Cacapava do Sul dipanggil ke lokasi kejadian sebelum berita kematian itu tersebar di seluruh bandar itu.

Becker merupakan broker hartanah terkenal dikatakan berlegar-legar di tasik tersebut pada tengah malam Rabu oleh kawan-kawan dan kakitangan ladangnya.

Mangsa dipercayai telah terjun ke dalam tasik sebelum tragis menimpa dirinya.

Alisson, 28 menyertai Liverpool dari AS Roma pada 2018 dan diundi sebagai penjaga gol lelaki terbaik FIFA pada tahun 2019.

Abang sulungnya Muriel, 34, juga seorang pemain bola sepak profesional dan merupakan penjaga gol kelab Fluminense dalam Divisyen Liga Brazil.

Liverpool menzahirkan rasa simpati kepada Alisson menerusi media sosial dengan memuat naik gambarnya bersama mesej “You’ll Never Walk Alone“.

Everton turut merakamkan takziah kepada keluarga Alisson. – MalaysiaGazette