Gambar hiasan

MELBOURNE – Harga minyak susut dalam dagangan hari ini susulan kejatuhan harga bon menyebabkan kenaikan dalam dolar Amerika Syarikat (AS) dan jangkaan peningkatan harga minyak kembali melebihi paras pra-pandemik dan kemungkinan bekalan kembali meningkat.

Niaga hadapan minyak mentah West Texas Intermediate (WTI) AS. turun AS$0.36 atau 0.6%, kepada AS$ 63.17 setong pada 0241 GMT, melepaskan semua kenaikan semalam.

Manakala niaga hadapan minyak mentah Brent untuk April turun AS$0.18 sen atau 0.3%, kepada AS$ 66.70 setong, susulan kerugian sebanyak AS$0.16 pada hari Khamis.

Kontrak April tamat pada hari Jumaat dan kontrak Mei yang lebih aktif turun AS$0.32 atau 0.5%, kepada AS$ 65.79.

Bon dijual secara agresif dan dolar AS mengukuh pagi ini,” kata Lachlan Shaw, Ketua Penyelidikan Komoditi, Australia National Bank.

Dolar semakin mengukuh menjadikan harga minyak AS. lebih mahal kepada pembeli yang membeli minyak mentah dalam mata wang lain.

Walaupun penurunan harga pada hari Jumaat, Brent dan WTI berada di landasan untuk kenaikan sekitar 20% bulan ini kerana pasaran telah mengalami gangguan bekalan di Amerika Syarikat disebabkan cuaca sejuk beku di Texas baru-baru ini. – MalaysiaGazette