KUALA LUMPUR – Cuaca panas kebelakangan ini telah menyebabkan kebakaran kecil di kebun pelakon, Zarina Zainuddin.

Jelas pelakon wanita berusia 50 tahun itu, kejadian berlaku semalam dipercayai berpunca daripada daun kering yang terbakar.

Perkara itu disedarinya selepas terhidu bawa asap di belakang rumah dan kemudian pantas cuba memadamkan api bersama pembantu rumahnya.

“Saya terbau asap terbakar di belakang rumah.. Nak panggil bomba takut tak sempat makin merebak .. jadi saya dengan bedah tadah air padam kebakaran. #belakangrumahjiransebelah,” tulisnya di Instagram.

Beberapa minit kemudian kata Zarina, beliau dan pembantu rumahnya berjaya memadamkan kebarakan tersebut.

“Cuaca panas rumput rumput kering terbakar sendiri nasib baik kami sedar sempat padamkan sebelum terus melarat tq my bedah superwoman,” tambahnya.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia) meramalkan fenomena cuaca panas yang dialami ketika ini dijangka berterusan sehingga pertengahan Mac 2021, apabila negara kini berada pada fasa akhir Monsun Timur Laut.

Susulan itu, taburan hujan agak rendah di Semenanjung Malaysia terutamanya di Utara Semenanjung. – MalaysiaGazette