Jadon Sancho.

LONDON – Borussia Dortmund melonggarkan syarat ketat mereka dalam soal menjual bintang mudanya Jadon Sancho.

Ketua Pegawai Eksekutifnya Hans-Joachim Watzke mendedahkan maklumat itu dalam komen terbaharunya semalam.

Watzke menegaskan Dortmund tidak lagi berhasrat untuk mengikat nilai tinggi dalam soal Sancho sambil mengambil kira situasi kewangan semasa kelab.

Dortmund juga tidak duduk senang selepas menerima asakan dari kelab-kelab elit Eropah yang memburu pemain berusia 20 tahun itu.

Keadaan Covid-19 di serata dunia mengeruhkan keadaan kewangan kelab-kelab bola sepak khususnya di benua Eropah.

Mengambil kira situasi kewangan yang dihadapi kelab itu ketika itu, Dortmund dalam keadaan terdesak terpaksa melonggarkan syarat dan nilai klausa pelepasan pemain itu kali ini.

Ia memberi semangat kepada Red Devils kendalian Ole Gunnar Solskjaer yang sedang memantau pemain England itu sejak musim lalu.

Yuran termahal yang diletakkan Borussia musim lalu menyekat sebarang usaha tersebut.

Ketika itu Man United mengemukakan tawaran 90 juta pound untuk pemain itu namun Borussia tidak berganjak dari klausa asal 108 juta pound yang disyaratkan.-MalaysiaGazette