Penghantaran pertama vaksin AstraZeneca sudah tiba di Malaysia.

BERLIN – Pakar imunisasi Jerman menggesa kerajaan untuk mengubah fikiran dan membenarkan warga emas melepasi usia 65 tahun menerima vaksin Oxford-AstraZeneca.

Carsten Watzl, Ketua Persatuan Imunologi Jerman meramalkan pengawal selia harus membatalkan keputusan mereka untuk tidak mengesyorkan tusukan itu untuk orang tua.

Beliau mendesak Angela Merkel untuk menyiarkan secara langsung di televisyen ketika menerima suntikan untuk membuktikan vaksin itu selamat.

Suruhanjaya vaksin Jerman sedang mengkaji cadangannya.

Prof Watzl dalam kajian di Scotland baru-baru ini menunjukkan suntikan AstraZeneca berkesan kepada warga tua.

Jerman adalah salah satu daripada beberapa negara EU yang meragui keberkesanan penggunaan vaksin itu kepada orang tua.

Jerman sedang bergelut untuk menangani penularan gelombang ketiga Covid-19 ketika kes-kes jangkitan masih tinggi.

Pengawal selia perubatan Kesatuan Eropah telah meluluskan penggunaan vaksin ini untuk semua umur pada Januari lalu.

Tetapi program vaksinasi itu disambut dengan keraguan oleh beberapa kumpulan masyarakat setelah pengawal selia di negara-negara termasuk Perancis, Jerman dan Itali.

Merka mengesyorkan agar vaksin ini tidak digunakan kepada individu berusia lebih daripada 65 tahun.

Ini kerana, dakwa mereka, data yang ada tidak menunjukkan bukti mencukupi bahawa vaksin ini berkesan untuk orang tua. – MalaysiaGazette