Benny Gantz

JURUSALEM – Menteri Pertahanan Israel, Benny Gantz telah menemui Raja Jordan, Raja Abdullah II, lapor akhbar Israel, Yedioth Ahronoth.

Akhbar harian itu berkata, perjumpaan tersebut dilakukan di Jordan namun ia tidak memperincikan tarikh pertemuan itu.

Gantz yang memimpin parti Blue and White pada pilihan raya Israel akan datang memberitahu ahli parti itu bahawa beliau juga telah melakukan perjumpaan sulit dengan para pegawai kanan Jordan.

Gantz turut mengkritik hubungan Perdana Menteri, Banjamin Netanyahu dengan Amman dengan menuduh beliau telah merosakkan hubungan Israel dengan Jordan.

“Saya rasa Jordan adalah aset yang baik kepada Israel dan saya rasa hubungan kita dengan Jordan akan 1,000 kali lebih baik dengan Jordan.

“Malangnya Netanyahu bukannya individu yang dimahukan Jordan dan kehadirannya merosakkan hubungan dua negara,” kata Gantz.

Pihak berkuasa Jordan tidak membuat ulasan mengenai laporan media Israel itu.

Menurut laporan akhbar Israel itu, Menteri Luar, Gabi Ashkenazi juga telah menemui rakan sejawatnya, Ayman al-Safadi sebanyak dua kali bagi membincangkan kemungkinan melaksanakan projek bersama.

Jordan berkongsi sempadan paling panjang dengan Israel, yang mana kedua-dua negara memeterai perjanjian damai pada 1994 dan menjadi negara Arab kedua mempunyai hubungan rasmi dengan Israel selepas Mesir yang menandatangani perjanjian damai pada 1979. – MalaysiaGazette