Takiyuddin Hassan

KUALA LUMPUR – Pas akan berusaha agar undang-undang Sivil yang berteraskan Undang-undang Lazim (Common Law) dalam negara ini dapat diharmonikan dengan Undang-undang Syariah.

Setiausaha Agung Pas, Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, parti itu yakin berteraskan pengiktirafan undang-undang Syariah termasuk oleh Mahkamah British di negara ini di zaman pra-Merdeka, prinsip undang-undang tersebut mampu mewujudkan suatu wajah baru dan dinamik kepada Sistem Perundangan Negara.

Ini dapat dilihat dalam keputusan kes Ramah binti Ta’at vs. Laton binti Malim Sutan yang diputuskan pada tahun 1927 yang mengatakan “the Mohammedan law is not a foreign but local law, that it is the law of the land”.

Begitu juga dalam kes Fatimah binti Harrris vs. Ismail Haji Tahir yang diputuskan dalam tahun 1939, Mahkamah British pada masa itu mengatakan “that Mohammedan law is a part of the law of Johore”.

Justeru, katanya, Pas menyeru agar semua pihak menghormati dan tidak cuba mengambil sudut pendekatan yang tidak wajar dengan mencabar aspek-aspek perundangan sedia ada yang dibuat oleh badan perundangan negeri demi kebaikan kehidupan sosial, keharmonian agama dan budaya serta perpaduan negara.

Ini kerana, Pas bimbang sesuatu keputusan yang terpaksa dibuat oleh Badan Kehakiman atas desakan yang tidak wajar akan membawa kepada implikasi yang tidak bermanfaat kepada negara dan rakyat jelata, ujarnya. – MalaysiaGazette

3 Komen

  1. masa terbaik untuk RUU355 diusul semula dibahas dan diluluskan sebagai MARTABATKAN undang2 SYARIAH ISLAM…..PELUANG sudah ada

Comments are closed.