Franck Kessie membuka gol pertama AC Milan untuk terus menekan pendahulu Serie A dalam rebutan gelaran liga Itali musim ini.

MILAN – AC Milan menambah teknan ke atas pendahulu Serie A Itali selepas menewaskan AS Roma dalam satu saingan awal pagi tadi.

Kemenangan 2-1 itu menyaksikan AC Milan dibarisi penyerang berbisa Zlatan Ibrahimovic merapatkan kedudukanya dengan Inter, sekali gus menambah tekanan ke atas Inter yang sedang mengejar takhta Serie A musim ini.

Frank Kessie meletakkan Milan di hadapan menerusi gol hasil sepakan penalti selepas Federico Fazio mengasari Davide Calabria pada minit ke-43 sebelum tamat separuh masa pertama.

Namun pemain Roma, Jordan menyamakan kedudukan 1-1 pada awal minit ke-50 separuh masa kedua.

Kedudukan seri tidak bertahan lama selepas Zlatan meninggalkan padang akibat kecederaan apabila Milan membuka gol kemenangan menerusi Ante Rebic pada minit ke-58.

Kemenangan itu meletakkan Milan merapatkan kedudukan dengan Inter dengan perbezaan 4 mata dalam carta Serie A.

Milan selepas ini akan bertemu Manchester United dalam pusingan ke-16 Liga Europa pada 11 Mac ini dan aksi timbal balik pada 18 Mac 2021.

Ibrahimovic selaku bekas pemain Red Devils dijangkakan beraksi menentang bekas kelab itu.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast