Asap kelihatan menyelubungi ruang udara Damsyik , Syria. selepas dibedil oleh tentera Israel. foto Agensi

KAHERAH – Roket Israel membedil beberapa bahagian di selatan Damsyik malam tadi dalam serangan yang dikatakan oleh sumber perisik serantau menyasarkan aset yang berkaitan dengan Iran.

Tentera Syria dalam satu kenyataan berkata, serangan itu datang dari Dataran Tinggi Golan dan Israel telah menjatuhkan sebahagian besar peluru berpandu dalam serangan kedua dalam masa kurang dari sebulan di pinggiran ibu kota.

Bagaimanapun jurucakap tentera Israel enggan mengulas laporan tersebut.

Israel telah mencapai sasaran yang lebih luas daripada biasa sejak awal tahun ini, termasuk serangan besar-besaran di kubu kuat yang berkaitan dengan Iran di timur dekat sempadan Iraq.

Menteri Pertahanan Israel, Benny Gantz pada hari Jumaat menjelaskan Israel mengambil tindakan “hampir setiap minggu” untuk mencegah penguasaan Iran di Syria.

Sumber perisik wilayah pula memaklumkan kehadiran pasukan Quds Iran dan penyokongnya semakin besar di Syria sejak beberapa tahun kebelakangan ini termasuk di kejiranan Sayeda Zainab di selatan Damsyik.

Mereka ini didakwa mempunyai sejumlah pangkalan bawah tanah.

Israel secara berkala melakukan serangan di kawasan yang berkaitan dengan Iran di Syria dalam beberapa tahun terakhir dan meningkatkan serangan tahun ini dalam situasi yang digambarkan oleh sumber perisik Barat sebagai perang bayangan untuk mengurangkan pengaruh Iran.

Ketua Staf Israel, Leftenan Jeneral Aviv Kochavi menyatakan akan pada bulan Disember Israel telah membedil lebih 500 sasaran pada tahun 2020.

Kerajaan Presiden Syria Bashar al-Assad tidak pernah secara terbuka mengakui ada pasukan Iran di belakang perang saudara Syria, hanya Tehran yang telah menghantar penasihat ketenteraan.

Kemasukan ribuan pengamal Syiah dari Afghanistan ke Lubnan untuk bertempur bersama Assad telah membantu pemerintah aitu bertahan dari pemberontakan bersenjata yang meluas yang muncul dari tindakan keras terhadap tunjuk perasaan pro-demokrasi pada tahun 2011.

Sumber perisik Barat mengatakan serangan Israel tahun ini telah melemahkan kekuatan tentera Iran yang meluas di Syria tanpa mencetuskan peningkatan permusuhan besar.

Iran telah membina terowong bawah tanah dan didakwa menyebarkan umpan untuk membantu mengurangkan kesan serangan berulang Israel terhadap infrastruktur ketenteraannya yang rumit di negara itu, kata para pembelot tentera Syria. – MalaysiaGazette