Bangunan Parlimen utama
Bangunan Parlimen

KUALA LUMPUR – Takwim Persidangan Parlimen yang tular pada ketika ini adalah takwim asal Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Dewan Rakyat sebelum pengisytiharan darurat oleh Yang di-Pertuan Agong.

Berdasarkan Perenggan 14(2) Ordinan Darurat (Kuasa-kuasa Perlu) 2021, mana-mana Mesyuarat Parlimen yang telah dipanggil sebelum tarikh permulaan kuat kuasa Ordinan ini tetapi belum diadakan adalah dibatalkan, kata Parlimen Malaysia.

Oleh yang demikian, takwim asal tersebut tidak lagi terpakai. – MalaysiaGazette