Tunku Ismail Sultan Ibrahim.

KUALA LUMPUR – Pemilik Johor Darul Ta’zim (JDT),  Tunku Ismail Sultan Ibrahim seolah-olah memberi bayangan beliau berminat untuk mengambil alih salah satu kelab terbaik dalam saingan La Liga Sepanyol, Valencia.

Menerusi laman Instagram Story miliknya, beliau yang juga Tunku Mahkota Johor (TMJ) berkongsi beberapa statistik mengenai Valencia seperti nilai semasa kelab itu selain kejayaan yang pernah diraih oleh kelab yang dimiliki sahabat baik beliau iaitu jutawan Singapura, Peter Lim.

Menurutnya, kejayaan dan mencipta sejarah merupakan perkara yang memberikan motivasi kepada beliau serta minat yang mendalam dalam arena bola sepak.

“Setelah menubuhkan JDT dan meraih pelbagai kejayaan seperti 16 piala dalam tempoh lapan musim, kini saya bersedia untuk melebarkan sayap serta mencuba cabaran baharu.

“Valencia memerlukan individu yang arif mengenai bola sepak, setiasa dahagakan kejayaan, mempunyai minat mendalam serta memahami budaya kelab yang mempunyai reputasi besar di arena bola sepak Eropah itu, tulis beliau.

Sementara itu, Peter mendapat kritikan pedas daripada peminat sejak menjadi pemilik pada 2014 yang mana mereka tidak gemar dengan cara Lim mengendalikan Los murciélagos.

Antara keputusan yang mendapat kritikan dari peminat ialah pemecatan pengurus tanpa sebab yang kukuh dan membiarkan pemain bintang meninggalkan kelab. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast