Foto Facebook KDA FC.

KUALA LUMPUR – Kedah Darul Aman FC (KDA FC) melancarkan jersi baharu dengan mengekalkan warna tradisi hijau dan kuning hari ini yang dibuat secara virtual melalui laman Facebook KDA FC.

Jersi warna hijau dan kuning itu kekal dipakai ketika beraksi di laman sendiri manakala warna hijau dan merah akan digunakan apabila beraksi di laman lawan pada tiga pertandingan utama musim ini iaitu Liga Super, Piala Malaysia dan Piala AFC.

Pada majlis itu juga, KDA FC mengumumkan barisan penaja musim 2021 dengan penaja utama Widad Langkasuka iaitu Widad Busines Group (WBG) .

Kelab itu dalam satu kenyataan berkata, WBG antara syarikat berpengalaman yang beroperasi dalam pelbagai industri di Malaysia.

“KDA FC turut memeterai perjanjian penajaan bersama Cosmic Express sebagai pengangkutan rasmi selama setahun,” katanya. – MalaysiaGazette