Anggota bomba giat mengangkat bahan binaan lebuhraya SUKE menimpa van yang membawa beberapa pekerja di jalan Lingkaran Tengah II, Kuala Lumpur. Foto HAFIZ SOHAIMI, 03 MAC 2021.
KUALA LUMPUR – Seorang daripada lima mangsa yang terperangkap dalam sebuah van kilang yang dihempap runtuhan di lebuh raya dalam pembinaan berhampiran Desa Tasik Sungai Besi, Cheras telah berjaya dikeluarkan.

Kemalangan berpunca daripada lori treler yang membawa lebih muatan melanggar perancah besi pembinaan Lebuhraya Bertingkat Sungai Besi-Ulu Klang (SUKE) menyebabkan struktur binaan tersebut runtuh dan menghempap sebuah van kilang.

Kemalangan menyebabkan kesesakan teruk di Lebuhraya MRR2.

Kejadian tersebut disahkan oleh Projek Lintasan Sungai Besi-Ulu Klang Sdn. Bhd., iaitu pemaju lebuh raya tersebut.

Untuk rekod, lori trailer tersebut tidak terlibat di dalam pembinaan lebuh raya SUKE.

Kemalangan berlaku di Lebuhraya MRR2 berhampiran Bandar Tasik Selatan.

Pasukan bomba sedang berada di tempat kejadian bagi menjalankan operasi menyelamatkan mangsa. – MalaysiaGazette