Bangunan Kementerian Pendidikan Malaysia. foto HAZROL ZAINAL, 02 NOVEMBER 2018.

KUALA LUMPUR – Permohonan untuk mengikuti Program Matrikulasi ambilan 2021 dan Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) ambilan 2021, serta Program Penghantaran Pelajar Cemerlang (PPC) ke Luar Negara akan dibuka mulai
15 Mac hingga 15 April ini.

Menurut Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), semua pelajar lepasan SPM 2020 yang memenuhi syarat dipelawa memohon Program Matrikulasi, PISMP dan PPC.

“Pelajar lepasan SPM 2020 boleh memohon terus kepada KPM tanpa perlu melalui UPUOnline,” katanya dalam kenyataan sambil menambah permohonan adalah percuma.

Tambahnya, pelajar lepasan SPM 2020 yang berminat boleh mendapatkan maklumat lanjut melalui iklan yang akan disiarkan
di laman sesawang rasmi KPM, www.moe.gov.my, pada 8 Mac ini. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast