Posting baharu yang dibetulkan oleh Teresa Kok tanpa perkataan Malay. FB Teresa Kok

KUALA LUMPUR – “Elok lah. Bila ramai tegur, Teresa padamkan perkataan “Malay” dalam posting FB beliau,” kata Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek.

Ahli Majlis Tertinggi UMNO itu berkata, kalau hendak menolong, tolongnya kerana apabila sebut nama kaum yang ditolong, maka akan wujud banyak tafsiran.

Katanya, tindakan Ahli Parlimen Seputeh yang menyebut ‘Malay’ dalam posting beliau menunjukkan DAP masih bergelut dengan imej lamanya – tentang kaum mana yang diwakilinya sehingga terpaksa buat publisiti murahan.

Posting Teresa Kok yang menimbulkan rasa kurang senang kerana mengaitkan kaum.

”Jangan pulak ada orang politik lain buat senarai kaum lain yang jadi kaya raya kerana pelbagai kemudahan diberikan di negara ini. Bukan takat RM300,” katanya secara sinis.

Teresa dalam posting awalnya berkata: “Today a Malay lady named Siti Noor Madzariah came to my service centre to ask for food”. (Hari ini seorang wanita Melayu bernama Siti Noor Madzariah datang ke pusat khidmat saya untuk meminta bantuan makanan).

Posting itu menjadi kontroversi di sebalik pujian terhadap bantuan yang diberikan kerana Teresa menggunakan perkataan ‘Malay’ yang dianggap sebagai perkauman.

Menerusi ruangan komen, ada netizen yang menegur Teresa dengan menyatakan cukup sekadar Ahli Parlimen itu menggunakan perkataan warga Malaysia berbanding menulis kaum. – MalaysiaGazette

2 Komen

Comments are closed.